Thursday 10 July 2014

Yang Tahan Sabar Rahmatnya Besar | Yang Tahan Diri Darjatnya Tinggi

(Mahu Malu.
Cemburu Rindu)


irama rindu
 

ILHAM MINDA 128
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MILIKAN RASA MIMIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Jika hati marah mulutnya menyumpah dan
jika hati benci mulutnya mengeji.


22
Memendam itu mahu tetapi malu dan ber-
dendam itu cemburu tetapi rindu
.

23
Benci dipengaruhi oleh rasa dengki tetapi
cemburu dipengaruhi oleh rasa rindu.


24
Tuah anak kerana lelah ibunya tetapi tu-
lah anak kerana sumpah ibunya.

25
Jadikan nasihat sebagai bekal dan jadi-
kan semangat sebagai tangkal.


26
Jika terlalu sabar anak mencabar dan
 terlalu marah anak menyanggah.
   
27
Yang tahan sabar rahmatnya besar dan
yang tahan diri darjatnya tinggi.


28
Yang mewah menyumpah dek tulah tp
yang fakir berzikir dek takdir.

29
Jika pemuda menjadi tiang negara ma-
ka pemudi menjadi tunjang pertiwi

30
Yang gigih takkan merasa letih dan 
Yang gagah takkan merasa lelah.


29/3/13 Flower City Square 
 Guangzhoa
 lirik mimpi

 
Aram 125(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment