Friday 4 July 2014

Saling Mahu Tetapi Tak Dipersetujui | Saling Setuju Tetapi Tak Direstui

(Mahu Berkenan.
Setuju Sepadan)


rindu dihentian


ILHAM MINDA 126
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MIMPIAN RASA MAINAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Masa terancang jika berbincang tetapi
masa terbuang jika bersembang.


42
Jika ramai masalah tak selesai tetapi jika
sedikit masalah tak berbangkit.

43
Jika pandangan itu boleh diterima maka
perbincangan itu lebih bermakna.


44
Jika maklumat tidak sampai maka mat-
lamat tidak tercapai.

45
Yang ditinggal menjadi bekal dan yang
dibawa menjadi laba.


46
Cuma meriah tetapi tak ghairah dan cu-
ma minat tetapi tak bersemangat.
   
47
Mahu tetapi tak berkenan dan setuju
tetapi tak sepadan
.


48
 Saling mahu tetapi tak dipersetujui dan 
saling setuju tetapi tak direstui
.

49
Bertembung jika silap berhitung dan
berperang jika silap menimbang.


50
Jika memuji jangan menunjuk dan jika
membenci jangan mengutuk.


 28/3/13 Love Island Guangzhoa
mimpi di jalanan

 
Aram 125(e)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment