Wednesday 16 July 2014

Jika Jujur Tak Perlu Gembar-Gembur | Jika Ikhlas Tak Perlu Balas-Membalas

(Pelik Jelik.
Ganjil Mustahil)



dilambung rindu


ILHAM MINDA 129
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MOGOKAN RASA MOMOKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Cuma mahu tetapi tak termampu dan hanya
hendak tetapi tak bertindak.

52
Pandai menipu akhirnya mengaku dan pan-
dai berhelah akhirnya mengalah.

53
Yang kacak jangan sesekali berlagak dan
yang bijak jangan sesekali bertekak.


54
Yang ingat itu dalam perhitungan dan yg
taat itu dalam perlindungan.

55
Yang mengawal itu menyoal dan yang ber-
tanggungjawab menjawab.

56
Jika yang merayu menagih bantuan ma-
ka yang membantu meraih tumpuan.
   
57
Jika jujur tak perlu digembar-gembur dan
jika ikhlas tak perlu balas-membalas.

58
Yang terlalu cerdik berperangai pelik dan
terlalu jahil berperangai ganjil.

59
  Pelik bukan sesuatu yang jelik dan ganjil
 bukan sesuatu yang mustahil


60
Yang benar jangan dilanggar dan yang
batil jangan diambil.


 29/3/13 Flower City Square
 Guangzhoa 
 diapung mimpi

 
Aram 129(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment