Wednesday 4 June 2014

Yang Muda Memujuk Dengan Muslihat | Yang Tua Merujuk Dengan Nasihat

(Mewah Tuah.
 Susah Sumpah)




ILHAM MINDA 117
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KEJUTAN RASA KALUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Menunggu dan melihat dapat penat mana-
kala tahu dan buat dapat manfaat.

12
Kian diarah kian membangkang dan kian
dimarah kian menentang.

13
Yang muda memujuk dengan muslihat dn
yang tua merujuk dengan nasihat.

14
Yang muda berkata banyak menyindir tp
yang tua berbicara banyak berfikir.

15
Jenaka orang muda hanya mengata tp
lawak orang tua cuma mencongak.

16
 Berpura-pura akhirnya tercedera dan 
berleka-leka akhirnya terluka.
   
17
Asyik berkhayal mengundang sial dan
berleka mengundang celaka.

18
Yang senang bukan kerana peluang dan
yg susah bukan kerana masalah.

19
Yang mewah bukan kerana tuah dan yang
susah bukan kerana sumpah
.


20
Menang bukan kerana sorak dan kecun-
dang bukan kerana cuak.



 
Aram 117(b)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment