Wednesday 4 June 2014

Kualiti Terletak Pada Keterampilan | Prestasi Terletak Pada Keberhasilan

(Masa Alpa.
 Waktu Keliru)








ILHAM MINDA 116
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KECAPAN RASA KUCUPAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
Salah berbincang bukan merancang dan ka-
 lah berunding bukan bertanding.
 
52
Kian sayang kian bertambah bimbang dan 
 kian marah kian bertambah masalah.

53
Kualiti terletak pada keterampilan manakala
prestasi terletak pada keberhasilan.

54
Kadang-kadang salah cakap kena tangkap
dan kalah bicara kena penjara.

55
Demi masa manusia sentiasa alpa dan de-
mi waktu manusia sentiasa keliru
.


 56 
Orang yang alpa membuang masa dan org
yang keliru membuang waktu.

57
Yang pandir disindir, yang lemah ditohmah
 dan yang takut diugut.

58
Jika benci jangan sampai menyelar dan jika 
berani jangan sampai mencabar.

59
Yang gagah melindungi yang lemah dan yg
lemah menyanjungi yang gagah.


60
 Jika gagah sama gagah bertarung maka
yang lemah sama lemah berlindung.



 
Aram 116(f)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a Comment