Monday 26 May 2014

Yang Mulia Mengawal Diri Kerana Maruah | Yang Hina Menjual Diri Kerana Rasuah

(Ibarat Nasihat.
 Teladan Ingatan)





ILHAM MINDA 113
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JALINAN RASA JARINGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Pertaruhan, jika menang kesungguhan dan
jika kecundang permusuhan.


22
Janji orang berkuasa itu perjudian dan jan-
ji orang berharta itu pembelian.

23
Janji tak ditunaikan jadi kebencian dan tak
diselesaikan jadi pencarian.


24
Mulia mengawal diri kerana maruah teta-
pi hina menjual diri kerana rasuah.

25
Hialng langkah kalau hilang tapak dan hi-
lang arah kalau hilang jejak.

26
Jika langkah mereka hilang tujuan maka
tingkah mereka hilang panduan.
   
27
Jika boleh mereka takkan menoleh dan
jika dapat mereka takkan ingat.


28
Dalam cerita ada perumpamaan dan da-
lam bicara ada kebijaksanaan.

29
Teladan itu ingatan, ibarat itu nasihat dan
perumpamaan itu kebijaksanaan.

30
Berguru tanpa matlamat melarat dan ber-
buru tanpa maklumat tersesat.







Aram 113(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment