Saturday 3 May 2014

Tak Sahih Jangan Berselisih | Tak Sah Jangan Bertelagah

(Selesa Leka. 
Seronok Moyok)

 


 ILHAM MINDA 105
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HIASAN RASA HURAIAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Dijulang kalau menang tetapi ditendang
kalau kecundang.

32
Merisik-risik kerana hajat tetapi berbisik-
bisik kerana muslihat.

33
Yang cerdas segera bertindak tetapi yang
malas hanya melepak.


34
Jika menuding mereka berpaling dan jika
mengungkit mereka bangkit 

35
Jika dimarah dia menyumpah tetapi jika
dipujuk dia mengangguk.


36
Tak jelas jangan membidas dan tak fa-
ham jangan mengecam.
   
37
Tak sahih jangan berselisih dan tak sah
jangan bertelagah


38
Apabila menang dia leka dan apabila
senang dia lupa.

39
Makin selesa makin leka dan makin se-
ronok makin moyok
.


40
Makin sulit makin bangkit dan makin
sukar makin berikhtiar.





Aram 105(d) 
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment