Thursday 22 May 2014

Menderma Jangan Menjual Nama | Bersedekah Jangan Memebeli Maruah

(Kaya Berfoya-foya.
 Miskin Bermain-Main)




ILHAM MINDA 111
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JARINGAN RASA JALINAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Tipu daya itu mainan orang kaya dan tipu
 helah itu mainan orang mewah.


52
Yang kaya hidupnya berfoya-foya  dan yg
 miskin hidupnya bermain-main
.

53
Jika menjual jangan banyak menyoal dan 
jika membeli jangan banyak memuji.


54
Yang menjual banyak mengawal dan yang
membeli banyak meneliti.

55
Yang dibuat tak pasti jika sangsi dan yang
dibuat tak jelas jika waswas.

56
Tak yakin buat kerja main-main dan tak
percaya buat kerja sia-sia.
   
57
Menyumbang bukan untuk senang dan
menderma bukan untuk nama.


58
Menderma jangan menjual nama dan ber-
sedekah jangan membeli maruah
.

59
 Dalam setiap berita ada maklumat dan 
dalam setiap cerita ada ibarat.


60
Tiap kejadian jadikan teladan dan tiap
kemalangan jadikan pertimbangan.




 
Aram 111(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment