Tuesday 22 April 2014

Yang Taat Berkhidmat Habis Keringat | Yang Setia Bekerja Habis Tenaga

(Dengki Membenci.
Cemburu Berseteru)




ILHAM MINDA 103
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HANYUTAN RASA HASUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
Yg dengki akhirnya membenci dan yang
cemburu akhirnya berseteru
.

52
Yang taat berkhidmat habis keringat dan
yang setia bekerja habis tenaga.

53
Jika diam akhirnya terpejam dan jika ti-
dur akhirnya berdengkur.


54
Yang cemburu tak akan bersetuju dan
yang dengki tak akan peduli.

55
Yang malu menunduk jika mahu dan yg
 bisu mengangguk jika setuju.

56
Jika buat berhati-hati menjadi tetapi ji-
ka buat terburu-buru bercelaru.
   
57
 Jika langkah terlanjur baik berundur dn 
jika tingkah terlajak baik beranjak.


58
Yang jahil jauh daripada kebenaran dn 
yg degil jauh daripada kesedaran.

59
 Yang patuh dalam keberkatan tetapi 
yang angkuh dalam kesesatan.

60
Banyak menjual kian beruntung tp ba-
nyak berbual kian menyinggung.




Aram 103(e)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment