Monday 21 April 2014

Yang Berfikir Sentiasa Senang | Yang Berzikir Sentiasa Tenang

(Taat Berkat.
Engkar Sukar)




 
ILHAM MINDA 103
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HANYUTAN RASA HASUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Jangan buat karenah jika tak mahu dan
jangan buat futnah jika tak setuju.

12
Tak mahu bersaing usah berpaling dan
tak mahu berunding usah melenting.

23
Yang berfikir sentiasa senang dan yang
berzikir sentiasa tenang
.

24
Yang taat hidupnya berkat tetapi yang
 engkar hidupnya suka
r. 

25
Yang berbuat baik sentiasa dipuji tetapi
yang berbuat jelik sentiasa dikeji.


 26 
Yang faham sentiasa tenang tetapi yang
berdendam sentiasa tegang.
   
27
Saling memuji saling harmoni tp saling 
 berdengki saling membenci. 


28
Meminjam menghitung hutang dan me-
mendam menanggung malang.

29
Yang gagah membuat perhintungan dan
yang lemah mencari perlindungan.


30
Yang muda baik ajak bersaing dan yang
tua baik ajak berunding.




Aram 103(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment