Friday 21 March 2014

Cegah Yang Mungkar Itu Benar | Sanggah Yang Benar Itu Mungkar

(Penat Mengumpat.
Lelah Menyumpah)




ILHAM MINDA 98
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Yang kalah baik diajak berunding dan yang
susah baik ajak berganding.


2
Yang terikut-ikut mudah dihasut dan yang
terpengaruh mudah disuruh-suruh.

3
Dihormat kerana pangkat, disanjung kera-
na untung dan dipuja kerana jasa.


4
Dimarah kerana salah, disangkal kerana
 bebal dan diumpat kerana jahat.

5
Terlalu dikawal anak tertinggal dan terla-
lu dilepas anak terbabas.


6
Jika penat jangan mengumpat dan jika
lelah janganmenyumpah
.
   
7
Dalam peluang itu ada nikmat dan dalam
malang itu ada rahmat.

8
Cegah yang mungkar itu benar tp sang-
 gah yang benar itu mungkar
.

9
Usah dengki jika orang lain beruntung dn
usah benci jika orang lain disanjung.


10
Orang yang degil tak boleh dipujuk dan
orang yang jahil tak boleh ditunjuk.


 
Aram 98(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment