Sunday 16 February 2014

Fikirkan Susah Kerja Tak Bersudah | Fikirkan Mustahil Usaha Tak Berhasil

(Ikhlas Ibadah.
 Malas Masalah)





ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELUKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Bersatu jika bersetuju dengan isu tp ber-
pecah jika berbalah kerana masalah.


42
 Tolong-menolong berbuat baik tetapi usah 
sokong-menyokong berbuat jelik.

43
Kemenangan itu kerana rancangan teta-
pi kekakalah itu kerana kesalahan.


44
Fikir kegagalan hilang kecekalan dan fi-
kir kekalahan hilang ketabahan.

45
Berkata usah lupa, bercakap usah silap
 dan berhujah usah salah.

46
Berbincang apa yang dicadang dan me-
rancang apa yang dibincang.
   
47
Baik berunding hal yang penting dan ba-
ik bertindak hal yang mustahak.


48
Kalah musuh dek kelemahan dn le-
mah pengaruh dek kesalahan.

49
Fikirkan susah kerja tak bersudah dn fi-
kirkan mustahil usaha tak berhasil
.


50
Yang ikhlas kerjanya jadi ibadah tetapi
yang malas kerjanya jadi masalah.




 
Aram 93(e)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment