Thursday 27 February 2014

Fikir Senang Jiwa Menjadi Tenang | Fikir Susah Jiwa Menjadi Resah

(Hilang Modal.
 Hilang Akal)






ILHAM MINDA 95
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMPANGAN RASA ERANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
 Jika tak lepas jangan buat belas dan jika 
tak sudah jangan buat helah.


32
Tanpa tawar-menawar kena dengar dan
tanpa tolak ansur kena undur.

33
Tanpa pangkat orang tak hormat dan tan-
pa pengaruh orang tak patuh.


34
Berjanji jika dapat rezeki tetapi menyum-
pah jika dapat susah.

35
Fikir senang jiwa menjadi tenang tetapi
fikir susah jiwa menjadi resah.


36
Tiada penyaksi menjadi sangsi dan tia- 
da pengawas menjadi waswas.
   
37
Gagal bukan kerana sial dan kecun-
dang bukan kerana malang.


38
Khuatir tak selamanya tersingkir dan
bimbang tak selamanya terbuang.

39
Biar rugi jangan hilang modal dan bi-
ar lali jangan hilang akal
.


40
Terlalu rindu datang cemburu dan ter-
sayang datang bimbang.



 
Aram 95(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment