Saturday 11 January 2014

Salah Jangan Saling Mendedah | Kalah Jangan Saling Menyalah

(Jahil Tak Mulia.
Bakhil Tak Kaya)





ILHAM MINDA 87
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Yang bersahabat berbuat baik tetapi
yang bersubahat berbuat jelik.


12
Yang bakhil selamanya tak kaya dan
yang jahil selamanya tak mulia.

13
 Yang kalah jangan menyanggah dan
yang salah jangan membantah.


14
Salah lulus salah mengurus dan sa-
lah tafsir salah mentadbir.

15
Bertanya untuk dapat maklumat dn
bersama untuk capai matlamat.


16
Takdir bukan salah tadbir dan ma-
lang bukan salah peluang.
   
17
Malu bertanya tak jumpa jalan dan
malu meminta tak dapat makan.


18
Malu buat-buat tak mahu dan eng-
gan buat-buat segan.

19
Datang melintang terlentang dan
datang membujur tersungkur.

20
Salah jangan saling mendedah dn
kalah jangan saling menyalah.



 
Aram 87(b)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment