Thursday 16 January 2014

Dapat Habuan Hilang Tujuan | Dapat Nikmat Hilang Matlamat

 (Tuah Di Perut. 
Tulah Di Mulut)





ILHAM MINDA 88
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DENDAMAN RASA DENDAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Hilang tujuan dapat habuan dan hilang
matlamat dapat nikmat
.


12
Tuah manusia pada perutnya tetapi tu-
lah manusia pada mulutnya
.

13
Yang tertipu tak mengaku dan yang
 terpedaya tak percaya. 


14
Bertahan jika tak melawan dan berun-
dur jika tak menggempur.

15
Tak mahu usah mengutuk dan tak
bersetuju usah mengamuk.


16
Ramah jangan menyembah dan ma-
rah usah menyumpah.
   
17
Yang cemas mudah tewas dan yang
lemah mudah kalah. 
 
18
Jika gagal tak hampiri ajal dan jika
 takut tak hampiri maut.

19
Yang ingat kerana taat tetapi yang
lupa kerana leka.


20
Biar taat kerana hormat dan ja-
ngan ikut kerana takut.
 
 
 
 
Aram 88(b)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment