Monday 2 December 2013

Tak Bertemu Asyik Merindu | Tak Menjenguk Asyik Merajuk

(Rindu Cemburu.
Cemburu Jemu)





ILHAM MINDA 70
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BUAIAN RASA BELAIAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Tak bertemu asyik merindu dan tak
menjenguk asyik merajuk
.


22
Berkorban kerana maruah tetapi
terkorban kerana rasuah.

23
Terkawal kerana cekal tetapi te-
was kerana terbabas. 


24
Yang terkawal beramal tetapi
yang terlepas terbabas.

25
Beribadat dirahmati tetapi ber-
maksiat dilaknati.

26
Taubat terlindung tetapi mak-
siat terhitung.

27
Merayu merapu dan meng-
harap melahap.


28
 Kian rindu kian cemburu dan  
kian cemburu kian jemu.

29
Yang bebas terkandas dan
yang ganas tertewas.
   

30
Taat hidup jadi rahmat tetapi
ingkar hidup jadi sukar.





Aram 70(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment