Wednesday, 18 December 2013

Dibelai Jangan Lalai | Didakap Jangan Lelap

(Marah Bahaya.
Ramah Bahagia)




ILHAM MINDA 78
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DENDAMAN RASA DENDAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Ramah itu membahagiakan tp ma-
rah itu membahayakan
.


32
 Sabar membendung marah dan se- 
dar membendung pasrah.

33
Dibelai usah lalai, dipaut usah ha-
nyut dan didakap usah lelap.


34
Yang degil payah dipanggil tp yang
patuh mudah disuruh.

35
Baik ingat apa yang dilihat dan ba-
ik dapat apa yang dibuat.


36
Tersilap rancang terlentang dan
tersilap atur tersungkur.

37
Kesihan tinggalkan pesan dan
 simpati tinggalkan janji. 

38
Kuat jangan menyakat dan ga-
gah jangan menyanggah.

39
Dipandang jadi pandangan dan
dipegang jadi pegangan.


40
Menyesal usah menyangkal dan
merajuk usah mengutuk.




 
Aram 78(d)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment