Wednesday, 2 October 2013

Dunia Tanpa Jarak | Komunikasi Tanpa Masa

(Ruang Bergerak.
Peluang Bertapak)





MUKADIMAH
(Perhimpunan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Dunia semakin berubah dan semakin menjadi perkampungan, kerana gelombang globalisasi telah membawa perubahan yang drastic hingga dunia menjadi tanpa sempadan  (borderless world) dan tanpa batas masa (spaceless time). Ironinya dunia di abad ini (age of technology) sudah dikuasai oleh maklumat, serta menjadi competitive advantange dan information power kepada mereka yang menguasai maklumat. 

Kalau kita alpa dan leka maka tiada ruang untuk bergerak dan tiada peluang untuk bertapak, kerana gelombang maklumat atau Third Wave (Alvin Tofler) semakin melanda dunia dan riaknya sampai ke ceruk-ceruk sekalipun terpencil, menjadikan dunia tanpa jarak dan komunikasi tanpa masa. Dunia semakin kecil dan mengwujudkan Third Wave society yang semakin rapat dan terikat, kerana kecanggihan teknologi menjadikan maklumat dan komunikasi berada di hujung jari. Justeru kita kena melangkah ke hadapan dan melihat masa hadapan dengan mind’s eye.

Dan hendaklah setiap diri itu memerhatikan apa yang
telah diperbuat untuk hari esuk.

(Al Hasyr: 8)

Kita tidak terkecuali, sama ada lemas atau berenang bersama Third Wave. Sikap tak kisah  atau tech ignorance akan hanya memisahkan kita (technology gap) daripada peradaban teknologi maklumat.  Malah teknologi maklumat bukan lagi satu monopoli tetapi satu pendedahan yang memerlukan attitude adjustment (mesra teknologi). Maka tiada masa untuk berundur. Kita perlu sentiasa bersedia dengan ledakan maklumat dan kepantasan technological discovery, yang menjadikan teknologi maklumat berkembang terlalu pantas. Sudah pasti mengundang persaingan yang hebat dan sengit. Justeru kemenangan dan kejayaan hanya berpihak kepada orang yang mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan. 

Demi masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami gilirkan
antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)
(Ali ‘Imran: 140)

Apabila datang waktu mereka tidak dapat mengundurkan-
nya dan tidak dapat memajukannya.
(Al A’raf: 34)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment