(Tiba lambat.
Balik cepat)
Februari 1998
(Mesyuarat Disiplin I)
Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh
Slogan 1998
(Penyelesaian Melalui Perubahan)
Datang lambat
Balik cepat
Belajar tak dapat
Ilmu tak berkat
Belajar tak dapat
Ilmu tak berkat
Hidup melarat
Hina sepanjang Hayat.
(Aram)
Pelajar belajar tanpa disiplin masa, tidak menepati masa dan tidak mematuhi jadual. Masih lagi terperangkap dalam timeless tradition. Sedangkan berlengah-lengah dan terburu-buru itu adalah tanda-tanda learning deficits, ketinggalan dan kegagalan. Hakikatnya masa adalah intellectual asset yang memerlukan kecepatan, ketepatan dan keberkesanan untuk mendapat learning gains (acumulated dividen).
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian.
(Al Asr: 1& 2)
Justeru masa adalah ruang dan peluang yang perlu difahami, dihayati dan dialami. Masa itu adalah law of nature, yang tidak berpihak dan tidak merugikan sesiapa. Sesaat tidak kurang dan sesaat tidak lebih, tetapi malangnya pelajar merugikan dirinya sendiri kerana melalaikan dan mengabaikan anugerah azali.
Dan apa jua bencana yang menimpa
dirimu maka ia adalah daripada (kelalaian)
dirimu sendiri.
(An Nisa': 79)
Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu,
Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka
mendapat pengajaran).
(Ali 'Imran: 140)
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman
No comments:
Post a Comment