Saturday 27 April 2013

Yang Bijak Bertindak | Yang Benak Melalak

(Ditegur kian takbur.
Ditegah kian megah)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)





ILHAM MINDA 40
MENAMBAT RASA MENGIKAT KATA
 (Short saying drawn from long experience)


41

Yang berilmu
makin tahu makin mahu dan yang beramal
makin kenal makin tawakal.

42

Selagi bertenaga
selagi itu perlu berkerja dan selagi berupa-
ya selagi itu perlu berusaha.


43

Yang bijak makin hendak
 makin bertindak
tetapi yang benak makin
hendak makin melalak
.

44

Makin ditegur makin
takbur, makin ditegah makin megah dan
makin dibentak makin riak

45

Jangan dipaksa
baru hendak mula dan jangan disesak
baru hendak buat.


 


 
Aram 40(i)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment