Sunday 21 April 2013

Lihat Jadikan Ibarat | Dengar Jadikan Iktibar

(Tercipta tercitra.
 Tersurat tersirat) 
 



 
 
(167)
‘Peringatan’
Bicara Tok Ngah
3 Julai 2011
3.30 petang


ARAM 
 

 Setiap yang lahir 
akan mengikut takdir
dan setiap yang menemui ajal
akan disoal.
Maka selagi hidup
kita ikutlah ruang lingkup
dan jika mati
kita akan akhiri destinasi.
Justeru jangan dipertikai
apa yang tak dapat dirungkai
dan jangan diulas
apa yang tak jelas.
Allah lebih tahu
apa yang berlaku.
RahsiaNya
tak dapat diteroka.

Sesungguhnya
setiap yang tercipta
ada yang tercitra,
setiap yang yang tersurat
ada yang tersirat
dan setiap yang ditakdirkan
ada yang dizahirkan.
Maka jadikanlah kejadian
itu sebagai teladan
dan jadikanlah balasan
itu sebagai batasan.
Apa yang kita lihat
jadikanlah ibarat
dan apa yang kita dengar 
jadikanlah iktibar.

 



 
Kami jadikan
peristiwa itu peringatan bagi
kamu agar diperlihatkan oleh telinga
yang mahu mendengar.

(Al Haqah: 12)

 
 


 
Arambayu 167
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment