Monday 29 April 2013

Laknat Yang Sesat | Rejam Yang Kejam

(Yang alim dipuji.
Yang zalim dikeji) 
 


 

 
(173)
‘Penghinaan’
Bicara Tok Ngah
12 Julai 2011
10.59 malam

 
 ARAM 

 
Sesungguhnya
orang yang alim itu
lebih mulia
dan sentiasa dipuji 
tetapi orang yang zalim itu
lebih hina
dan sentiasa pula dikeji.
Semakin alim
maka semakin dia akur
tetapi semakin zalim
maka semakin dia kufur.


Maka orang yang alim itu
hidupnya sentiasa tenteram
tetapi orang yang zalim itu
hidupnya sentiasa terancam.
Kerana kejam
hatinya penuh dengan dendam.
Dia dicela dan dihina.
Maka sesungguhnya
tiada baginya
pergantungan dan perlindungan.
Apabila sampai masa
dan ketikanya, akan dilaknat
orang-orang  yang sesat

dan akan direjam
orang-orang yang kejam
.




 
Sesungguhnya
telah Engkau hinakan dia,
dan tiada lagi penolong bagi
orang-orang zalim.

(Ali 'Imran: 192)

 
 


 
Arambayu 173
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment