Saturday 24 November 2012

Faham Biar Berazam | Pasti Biar Menjadi

(Lihat teringat.
Pandang terbayang)


                           
 
 Kalau terlihat 
biar teringat.
Kalau terpandang
biar terbayang.
Kalau ternampak
biar berkehendak.
Kalau terjumpa
biar bersapa.
Kalau bertemu
biar bertamu.

Kalau berniat
biar berbuat.
Kalau berbuat
biar berminat.
Kalau berminat
biar muafakat.
Kalau muafakat
biar mendapat.
Kalau mendapat
biar bermanfaat.


Kalau hendak
biar bertindak.
Kalau mahu
biar bersatu.
Kalau faham
biar berazam
.
Kalau pasti
biar menjadi
.
Kalau bersungguh
biar patuh.


 

 
Ilham Aram 101
24 November 2012
4.45 petang

No comments:

Post a Comment