Tuesday 4 September 2012

Masa Muda Degil | Masa Tua Jahil

(Mencari mimpi
Mencari realiti)

 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 
ILHAM MINDA 25
BERADUN RASA BERALUN KATA
(Short saying drawn from long experience)

36

Naik jangan ditarik tegak jangan
ditolak dan turun jangan diruntun jatuh
jangan ditutuh.

37

Ilmu diburu bukan ditunggu, ilmu
diamal bukan dijual dan ilmu ditambah
bukan disanggah.

38

Yang tahu sentiasa memberi dan
yang mahu sentiasa mencari tetapi yang
malu sentiasa bersembunyi.

39

Kecil-kecil diam apabila besar
menjadi lembam dan kecil-kecil degil
apabilla besar menjadi jahil.

40

Bukan mencari mimpi tetapi men-
cari realiti dan bukan mencari memori
tetapi mencari strategi.

 
Aram 25(h)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment