Wednesday 21 November 2018

S193E : Gagal Menjadikan Kita Lebih Cekal Bukan Menyesal | Kalah Menjadikan Kita Lebih Tabah Bukan Menyerah



AYLA ARISSA
(Our Little Secret)


3 Tahun 8 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 193E/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Ilmu itu lebih baik
terus diamalkan tetapi  nafsu itu lebih
baik terus ditinggalkan.
27.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 101

42
Ilmu itu lebih banyak
membawa manfaat tetapi nafsu lebih
banyak membawa mudarat.
27.2.2008
“Diberi Petunjuk”

43
Ilmu itu membawa kita
kepada kebenaran tetapi nafsu itu mem-
bawa kita kepada kemungkaran.
28.2.2008
Peruntukan RM35b

44
Jasa yang ditinggalkan itu
menjadi sedekah tetapi harta yang diting-
galkan itu menjadi musibah.
28.2.2008
"Subsidi Keselesaan"

45
Harta itu semakin
bertambah jika disedekah tetapi  harta itu
semakin habis jika dikikis.
28.2.2008
Peruntukan RM13j

46
Ilmu kalau disebarkan
akan menjadi sedekah tetapi nafsu kalau
 dibiarkan akan menjadi serakah.
28.2.2008
“Kelas Orang Asli”
   
47
Makin banyak manfaat makin
bertambah pahala tetapi makin banyak
maksiat makin bertambah dosa.
28.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 102

48
Nasihat yang ditinggalkan
 itu membawa manfaat tetapi harta yang di-
tinggalkan itu membawa sengketa.
28.2.2008
“Mati Dalam Islam”

49
Gagal menjadikan kita
lebih cekal bukan menyesal dan kalah men-
jadikan lebih tabah bukan menyerah.
29.2.2008
Khutbah Jumaaat

50
Kalah bukan
kerana tulah, gagal bukan kerana sial dan
rugi bukan kerana badi.
29.2.2008
“Mensyukuri Nikmat”



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a Comment