Thursday 9 March 2017

188C : Kerana Keselesaan Lama-Lama Menjadi Lalai | Kerana Kebiasaan Lama-lama Menjadi Perangai



 
4 Tahun 7 Bulan

Dalam
syarat ada isyarat,
dalam pesan
ada harapan
dan dalam amanat
ada matlamat.

 
3 Bulan


Kadang-kadang
kerana biasa
mereka tidak kisah
 dan kerana
selesa mereka tidak
berubah.

 
2 Tahun 3 Bulan
3 Tahun 5 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 188
BERIKRAR RASA BERIKHTIAR KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Dalam syarat
ada isyarat, dalam pesan ada harapan dan dalam amanat ada matlamat.
9.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 23

22
Kalau tersalah tafsir
maka tersalah bincang dan kalau tersalah tak-
sir maka tersalah rancang.
9.1.2008
“Menetap Hukum”

23
Kalau tidak mahu
apa yang dibuat terpaksa dan kalau tidak tahu apa yang dibuat tergendala.
10.1.2008
Denda RM106.000

24
Jangan sekali-kali
bersetuju kalau tidak sah dan jangan sekali-kali mengaku kalau tidak salah.
10.1.2008
“Sorok Minyak Masak”

25
Kadang-kadang
kerana biasa mereka tidak kisah dan kerana selesa mereka tidak berubah.
10.1.2008
Profesyen Guru

26
Kerana keselesaan
lama-lama menjadi lalai dan kerana kebiasaan lama-lama menjadi perangai.
10.1.2008
“Tagih Kejujuran”

27
Yang terkontang-
kanting itu baik didamping dan yang terumbang-ambing itu baik dibimbing.
10.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 24

28
Orang yang tua itu
hendaklah dibantu manakala orang yang muda itu hendaklah dipandu.
10.1.2008
“Mereka Diperdayakan”

29
Yang nakal jangan
disindir tetapi dibimbing dan yang bebal jangan dipinggir tetapi didamping.
11.1.2008
Khutbah Jumaat

30
Kadang-kadang makin
meminta maaf makin beringat dan makin me-
rasa insaf makin bertaubat.
11.1.2008
“Cabaran Hijrah”


Krabi
Thailand

 
Dari kaca mata
Ayra Amerra



ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu


No comments:

Post a Comment