Thursday 5 May 2016

179E : Yang Mencari Kebebasan Akhirnya Kecemasan | Yang Mencari Kepuasan Akhirnya Kelemasan






Yang jalannya lurus 
hidupnya terurus
yang jalannya serong  

hidupnya terpesong.


Baby Arissa


       

Catatan dairi Atuk menjadi 
panjang kerana kehadiranmu.


Terungkap kata
bagaikan tak percaya
dan  tersingkap rahsia
bagaikan tak berdaya 


 1.  
Yang diam buat apa yang dia faham manakala
yang dungu buat apa yang dia tahu.

2
Yang beribadah itu hidupnya lebih tabah dan
yang beramal itu hidupnya lebih cekal.

 

3
Mereka gagal kerana sentiasa menyangkal dan
mereka kalah kerana sentiasa berbalah.

4
Selagi nyawa ditubuh kena bersungguh dan
sekali nyawa di badan rela berkorban.

5
Yang kita beri itu membawa rezeki dan yang
kita sedekah itu membawa tuah.

6
Yang kita sedekah itu menjadi ibadah tetapi
yang kita rasuah itu menjadi musibah.

 

7.
Apa yang kita amal  menjadi bekal tetapi apa
yang kita ramal  menjadi gagal.

8
Orang yang tidak tabah cepat mengalah dan
orang yang tidak betah cepat menyerah.

 

9
Yang jalannya lurus hidupnya terurus tetapi
yang jalannya serong  hidupnya terpesong.

10
Yang mencari kebebasan akhirnya kecemasan
dan yang mencari kepuasan akhirnya kelemasan.




The secret of life,
it is really a wonder. 
As time gies by,
I keep on telling myself.
Should I be a JD?
(DD becomes JD)




 Rumah Syurgaku
SERI TERATAI



Dari kaca mata Ayla


ARAM
 (ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

No comments:

Post a Comment