Friday 10 January 2014

Baik Menjadi Yang Terbilang | Jangan Menjadi Yang Terbuang

(Yang Terhina.
Yang Ternama)





ILHAM MINDA 86
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAKAPAN RASA DAPATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Ramai yang mahu berdamai tp sedi-
kit yang mahu mengungkit.

52
Berbalah usah campur tangan dan
bermasalah usah lepas tangan.


53
Yang mewah jadi megah tetapi yang
susah jadi pasrah.

54 
Berunding usah menuding dan me- 
 ngalah usah berbalah. 


55
Ulasan untuk berhujah tetapi alas-
an untuk mengalah.

56
Yang susah inginkan harta dan yang
lemah inginkan kuasa.

   
57
Baik menjadi yang ternama dari-
pada menjadi yang terhina.

58
Baik jadi yang terbilang dan ja-
 ngan jadi yang terbuang
.


59
Yang kalah angkat tangan dan
yang salah hulur tangan.

60
Membantu hulur tangan tp me-
ngampu campur tangan.




 
Aram 86(f)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment