Thursday 8 November 2012

Beri Kerana Publisiti | Derma Kerana Nama

(Unjuk menunjuk-nunjuk.
Sedekah bermegah-megah)


      



 
(91)
‘Riyak’
Bicara Tok Ngah
10 November 2010
2.46 petang

ARAM

Belum lagi memberi
sudah memuji-muji,
belum lagi mengunjuk
sudah menunjuk-nunjuk
dan belum lagi bersedekah
sudah bermegah-megah.
Ingatlah,
jangan sekali-kali memberi
kerana publisiti

jangan sekali-sekali menderma
kerana nama

dan jangan sekali-kali
bersedekah kerana faedah.

 


 
Dan mereka suka
supaya dipuji terhadap
perbuatan mereka yang
belum mereka kerjakan
(Al Imran: 188)




 
 Arambayu 91
 Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment