Sunday 31 March 2013

Mulia Dunia Dek Darjat | Mulia Syurga Dek Ibadat

(Tahu biar kenal.
Mahu biar cekal)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 



 
ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)


26

Di dunia manusia
mulia kerana darjat tetapi di syurga manusia
mulia kerana ibadat
.

27

Kalau tahu
biar kenal, kalau mahu biar cekal dan kalau
berilmu biar beramal.


28

Orang yang
beramal tidak bersuluh adalah umpama ka-
pal yang tidak bersauh.


29

Maut hanya menjem-
put insan yang kamil tetapi maut sentiasa
mengugut orang yang jahil.

30

Yang degil sentiasa
dalam kegagalan manakala yang jahil
sentiasa ketinggalan.

 




 Aram 39(f)
Teratak Seriterai

Saturday 30 March 2013

To Give Is To Receive | To Forgive Is To Relieve

(Beri tambah rezeki.
Maaf tambah insaf)



 



 
Wed 21/3/2012
9.45 past meridien



 

Baby Arissa

 
The more you give
the more you get
and the more you forgive
the more you forget.
To give
is to receive

and to forgive
is to relieve
.


Makin kita beri

makin bertambah rezeki
dan makin kita maaf
makin bertambah insaf.

 





Aram 245
Teratak Seriteratai

Dengki Tak Peduli | Sangsi Tak Pasti

(Benci tak mengerti.
Simpati tak memberi)








(II)


Sedikit yang pintar
ramai yang kelakar.
Sedikit yang belajar
ramai yang liar.
Sedikit yang sedar.
ramai yang tegar.
Sedikit yang sabar
 ramai yang celopar 
Sedikit yang berikhtiar
ramai yang terbiar.


Sedikit yang memuji
ramai yang mengeji
Sedikit yang mengerti
ramai yang membenci
Sedikit yang memberi
ramai yang bersimpati.
Sedikit yang peduli
ramai yang berdengki
.
Sedikit yang pasti
ramai yang bersangsi
.






Ilham Aram 157
28 Mac 2013
6.25 sore

Disuruh Bertangguh | Dimarah Membantah

(Mulut mencarut.
Akal menyangkal)





 

(155)
‘Bantahan’
Bicara Tok Ngah
13 Jun 2011
4.16 petang

 
ARAM

 
Apabila diminta
dia berleka,
apabila disuruh
dia bertangguh

dan apabila diarah
dia membantah
.
Makin ditegah
makin dia menyanggah,
makin dipujuk
makin dia mengutuk
dan makin dibelai
makin terlalai.


 
Ada akal
mereka menyangkal
dan ada mulut
mereka mencarut.
Kadang-kadang
kerja tak selesai-selesai
kerana mereka saling menyangkal 
dan kerja tak sudah-sudah
kerana mereka saling berbantah.
Mereka mudah celopar
apabila bertengkar
dan mudah menyumpah
apabila berbalah.


 




Dan
manusia adalah
makhluk yang paling
banyak membantah.

(Al Kahfi: 54)





 

Arambayu 155
Teratak Seriteratai

Cantik Menjadi Tumpuan | Baik Menjadi Panduan

(Akal itu modal.
Amal itu bekal)





LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)






ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)


21

Kalau ‘rumah’
itu tonggak masyarakat maka ‘sekolah’ itu
 otak masyarakat. 

22

Jika yang cantik
sentiasa menjadi tumpuan
maka yang ba-
ik sentiasa menjadi panduan
.


23

Sudah bukan kerana
mudah, selesai bukan kerana pandai dan
tamat bukan kerana semangat.

24

Sokong-menyokong
tanda sependapat manakala tolong-meno-
long tanda semuafakat.


25

Kalau akal menjadi
modal untuk masyarakat maka amal men-
jadi bekal untuk akhirat.


 



 
Aram 39(e)
Teratak Seriterai

Thursday 28 March 2013

Haste Has No Taste | Delay Has No Pay

(Masa tak paksa.
Waktu tak ganggu)






 
Wed 21/3/2012
9.45 past meridien





Baby Arissa

 
Haste has
no taste

and delay
has no pay
.
Punctuality
has no penalty
and responsibility
 has no liability.


 
Waktu takkan
menganggu
 dan masa takkan 
memaksa


 


 
Aram 244
Teratak Seriteratai

Bertanya Tak Mengerti | Meminta Tak Memberi

(Buat biar menjadi.
Dapat biar berkongsi)








(I)

 
Banyak bertanya
tetapi sedikit mengerti
.
Banyak mengata
tetapi sedikit memuji.
Banyak meminta
tetapi sedikit memberi
.
Banyak memaksa
tetapi sedikit memahami.
Banyak mengira
tetapi sedikit dibahagi.
 

Banyak melihat
tetapi sedikit bersimpati.
Banyak pendapat
tetapi sedikit mengkaji.
Banyak maklumat
tetapi sedikit diperinci.
 Banyak berbuat 
tetapi sedikit menjadi.
Banyak mendapat
tetapi sedikit berkongsi.


 



Ilham Aram 157
28 Mac 2013
6.25 sore

Kata Akan Diperiksa | Buat Akan Disiasat

(Pahala itu syurga.
Dosa itu neraka)







 (153)
‘Kejahatan’
Bicara Tok Ngah
12 Jun 2011
10.44 malam

 
ARAM

 
Setiap apa yang kita kata
akan diperiksa,
setiap apa yang kita buat
akan disiasat
dan setiap apa yang kita cari
akan diuji.
Maka berbahagialah
orang yang sentiasa
berbuat ibadat
tetapi tersiksalah 
orang yang sentiasa
berbuat jahat.

 
Yang berbuat baik
akan mendapat pahala
tetapi yang berbuat jelik
akan mendapat dosa.
Sesungguhnya
balasan pahala itu
adalah syurga
tetapi balasan dosa itu
adalah neraka.
Yang di syurga
mendapat nikmat
tetapi yang di neraka
mendapat laknat.


 



Dan kamu
tidak diberi pembalasan
melainkan terhadap kejahatan
yang telah kamu kerjakan
(Ash Shaffat: 39)


 






Arambayu 154
Teratak Seriteratai

Wednesday 27 March 2013

Mula Dengan Doa | Akhir Dengan Takdir

(Azam kerana cita-cita.
Dendam kerana cinta)









LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 


  

ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)

16

Kalau mereka
mencuba tanpa keinginan maka mereka akan 
bermula tanpa keyakinan.

17

Kalau mereka
berusaha tanpa permuafakatan maka mere-
ka akan berjaya tanpa keberkatan.


18

Berazam kerana cita-
cita mereka akan berjaya tetapi berdendam
kerana cinta mereka akan kecewa.


19

Mula dengan doa, buat
dengan niat, terus dengan tulus, selia dengan
sempurna dan akhir dengan zikir.

20

Kalau yang
akhir itu sudah menjadi takdir maka akhiri
takdir itu dengan zikir.


 



 
Aram 39(d)
Teratak Seriterai

Peace Brings Justice | Harmony Brings Unity

(Faham tenteram.
Setuju bersatu)



 





 
Sun 20/3/2012
5.35 post meridien



 
Baby Arissa
 
Let the piece
give us peace
and let the symphony
give us harmony.
Peace
will bring justice

and harmony
will bring unity
.


 
Saling faham
kita tenteram
dan saling setuju
kita berpadu






   Aram 243
Teratak Seriteratai

Tuesday 26 March 2013

Dlm Susah Ada Hidayah | Dlm Sukar Ada Ikhtiar

(Murung beruntung.
Malang berpeluang)



   





(II)

 
Dalam hiba
ada tawa.
Dalam susah
ada hidayah
.

Dalam sukar
ada ikhtiar
.
 Dalam murung 
ada untung.
Dalam malang
ada peluang.

 
Di samping kata
ada jenaka.
Di samping puji
ada janji
Di samping nasihat
ada semangat
 Di samping arah 
ada langkah.
Di samping misi
ada visi.


 


 
Ilham Aram 156
26 Mac 2013
5.50 sore

Wajah Manis Berhamis | Senyum Terukir Berhanyir

(Kata tak dikota.
Janji tak ditepati)



 

           


(153)
 'Penolakan’
Bicara Tok Ngah
10 Jun 2011
11.34 pagi

 
 ARAM 

Bijak berkata 

tetapi tidak dikota
dan pandai berjanji
tetapi tidak ditepati.
 Hanya kata beria-ia
tetapi dalam hati berdusta.
Cakap bersembah simpuh
tetapi dalam hati mencemuh.
Di depan memuji
tetapi di belakang mengeji.


 
Hanya berpura-pura baik
tetapi ternyata jelik.
Mulut mengaku
tetapi hati menipu
dan mulut memuji
tetapi hati membenci. 
Kadang-kadang
hanya wajah yang manis
tetapi mulutnya berbau hamis

dan hanya senyum yang terukir
tetapi mulut berbau hanyir
.


 


 

Mereka
menenangkan hatimu
dengan mulut tetapi hati
mereka menolak.
(Al Taubat: 65)


  



Arambayu 153
Teratak Seriteratai

Berjanji Disangsi | Bersumpah Disanggah

(Yakin terjamin.
Waswas terlepas)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)




 


ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)

11

Jangan berjanji dengan
orang yang disangsi
dan jangan bersumpah
dengan orang yang disanggah
.

12

Jangan percaya orang
 yang berpura-pura dan jangan yakin dengan
 orang yang bermain-main.


13

Berjaga-jaga
dengan orang yang berdusta dan berhati-
hati dengan orang yang keji.


14

Jangan sokong pem-
bohong, jangan percaya pendusta dan ja-
ngan bersetuju penipu


15

Yang yakin peluang-
nya lebih terjamin tetapi yang waswas pe-
luangnya boleh terlepas.


 



 
Aram 39(c)
Teratak Seriterai

Can Trace The Story | Can't Erase THe Memory

(Hari ini janji.
Masa depan harapan)



 





Sat 19/8/2012
9.10 post meridiem 


 

 
Baby Arissa

 
We can trace
the story

but we cannot erase
the memory

and we can defy
the story
but we cannot deny
the memory.


 
Kalau hari ini
hanya tinggal janji
maka masa hadapan
hanya tinggal harapan


 



 
Aram 242
Teratak Seriteratai

Berdusta Dalam Bercinta | Berdalih Dalam Berkasih

(Mimpi itu sepi.
Malam itu sekam)





 


(I)

 
Dalam suka
ada duka.
Dalam cinta
ada dusta
.
Dalam kasih
ada dalih
.
 Dalam sayang 
ada berang.
Dalam rindu
ada cemburu.

 
Di hujung jalan
ada harapan.
Di hujung waktu
ada rindu
Di hujung senja
ada luka
Di hujung mimpi
ada sepi.
Di hujung malam
ada sekam.



 


 Ilham Aram 155
25 Mac 2013
12.00 malam


Monday 25 March 2013

Susah Itu Pemberian | Mewah Itu Ujian

(Susah pertikai.
Mewah terlalai)





 
(152)
‘Kemegahan’
Bicara Tok Ngah
8 Jun 2011
12.36 tengah hari

 
 ARAM 

 
Apabila susah
mereka pertikai
tetapi apabila mewah
mereka terlalai.
Kadang-kadang
dapat susah mereka
menyumpah-nyumpah
tetapi dapat mewah
mereka bermegah-megah.
Sesungguhnya
mewah itu nikmat
tetapi susah itu musibat.


 
Ingatlah,
kesusahan itu
pemberian

manakala
kemewahan itu ujian.
Justeru jangan kufur
kalau sentiasa susah
dan jangan takbur
kalau sentiasa mewah.
Jangan sekali-kali celopar
kalau susah
dan jangan sekali-kali ingkar
kalau mewah.

 



 Kamudian kamu
pasti akan ditanyai pada
hari ini tentang kenikmatan (yang
dimegah-megahkan)

(At Takatsur: 8)

 


 

Arambayu 152
Teratak Seriteratai

Makbul Tak Kerana Kaul | Jadi Tak Kerana Janji

(Dengar biar ikhtiar.
Lihat biar buat)








LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)





ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)

6

Dimakbul bukan
kerana kaul
, menjadi bukan kerana janji dan
mendapat bukan kerana hajat.

7

Jangan hanya
mendengar tetapi berikhtiar dan jangan ha-
nya melihat tetapi berbuat.


8

Kalau berjanji
terpaksa memberi alasan tetapi kalau men-
jadi sentiasa memberi ulasan.


9

Laluan melalui
tujuan, tujuan melalui panduan dan pan-
duan melalui pengetahuan.

10

Gagal bukan
tertinggal tetapi cekal dan akhir bukan
tercicir tetapi takdir.


 


 
Aram 39(b)
Teratak Seriterai

Care Our Future | Share Our Venture

(Masa hadapan.
Kata harapan)



 


 
Sat 18/8/2012
10.45 post meridien





Baby Arissa

 
To secure
our future
is to endure
our venture.
So let’s care
our future

and let’s share
our venture
.


 
Masa hadapan itu
satu perkongsian
dan kata harapan itu
satu perjanjian.



 


 
Aram 241
Teratak Seriteratai