Wednesday 30 January 2013

To Follow Is To Swallow | To Lead Is To Plead

(Rela terpaksa.
Sesak terdesak)


 


 Wed 11/7/2012
8.50 ante meridiem



 

Baby Arissa

Let the head
 lead and let
the elbow follow.
Sometimes
to follow
is to swallow

and to lead
is to plead
.

Jika terpaksa
kita meminta dan
jika terdesak
kita memberontak.



 


 
Aram 221
Teratak Seriteratai

Meredah Dek Tuah | Mengharung Dek Untung

(Berlumba dek laba.
Mencari dek rezeki)


   




(I)

Di mana ada faedah
di situ ramai yang menadah.
Di mana ada manfaat
di situ ramai yang berminat.
Di mana ada bantuan
di situ ramai yang berdahuluan.
Di mana ada tuah 
di situ ramai yang meredah
.
Di mana ada untung
di situ ramai yang mengharung
.

Di mana ada laba
di situ ramai yang berlumba.
Di mana ada peluang
di situ ramai yang mendatang.
Di mana ada subsidi
di situ ramai yang menanti.
Di mana ada rezeki
di situ ramai yang mencari.
Di mana ada harta
di situ ramai yang bersengketa.


 
 


 
Ilham Aram 134
30 Januari 2013
5.55 petang

Tuesday 29 January 2013

Guna Akal Gagal | Guna Helah Kalah

(Tipu daya terpedaya.
  Tipu muslihat terjerat) 




 

           


(131)
‘Tipu daya’
Bicara Tok Ngah
19 April 2011
1.00 petang

 ARAM 

Mereka tidak akan dapat
dengan tipu muslihat
dan mereka tidak akan berjaya
dengan tipu daya.
Yang menggunakan 
tipu daya akhirnya 
dia sendiri yang terpedaya
dan yang menggunakan 
tipu muslihat akhirnya
dia sendiri yang terjerat.
Sekalipun 
menggunakan akal
mereka akan gagal
dan sekalipun 
mengghunakan helah
mereka akan kalah.
Sesungguhnya 
Allah tahu
apa yang kita tipu
dan Allah melihat
apa yang kita khianat.


 


 
Dan orang-orang itu
merancang tipu daya,
dan Allah pula membalas
tipu daya mereka.

(Ali ‘Imran: 54)


 


 

Arambayu 131
Teratak Seriteratai

Percaya Diperdaya | Setia Diperhamba

(Terpedaya dek rupa.
Teraniaya dek harta)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)





ILHAM MINDA 36
MENGGAMIT RASA MENCUIT KATA
(Short saying drawn from long experience)


21

Jika terlalu suka
dipersenda, jika terlalu percaya diperdaya
dan jika terlalu setia diperhamba.

22

Jangan sekali-kali
terpedaya kerana rupa dan jangan sekali
kali teraniaya kerana harta


23

Jangan sesekali
berjanji kalau tak pasti dan jangan sese-
kali bersetuju kalau tak mahu.

24

Mereka bersengketa
kerana berebut harta tetapi mereka ber-
satu kerana menuntut ilmu.


25

Lebih baik berhati-
hati ketika mendaki dan lebih baik ber-
santun-santun ketika turun.





 
Aram 37(e)
Teratak Seriterai

Adage In The Message | Intellect In The Context

(Waham tak faham.
Sangsi tak mengerti)




 
 Sun 8/7/2012
10.25 past meridiem

 


Baby Arissa

Read the text and
understand the context.
Read the passage and
understand the message.
Let’s reveal the adage
in the  message
and
let’s unveil the intellect
 in the context


Selagi waham
selagi itu tidak faham
 dan selagi sangsi 
selagi itu tidak mengerti.






Aram 220
Teratak Seriteratai


Monday 28 January 2013

Degil Buat Batil | Ingkar Buat Mungkar


(Asyik tak serik.
Khusyuk tak maksyuk)


   




(II)

Yang patuh baik buat
perkara yang disuruh.
 Yang taat baik buat
perkara yang bermanfaat.
Yang akur baik buat
perkara yang jujur
Yang cerdik baik buat
perkara yang baik.
Yang pintar baik buat
perkara yang benar.

Yang jahil jangan buat
perkara yang mustahil
Yang dengki jangan buat
perkara yang rugi.
Yang ingkar jangan buat
perkara yang mungkar
.
Yang degil jangan buat
perkara yang batil
.
Yang dendam jangan buat
perkara yang haram.
Yang jahat jangan buat
perkara yang maksiat.

 
 



Ilham Aram 133
28 Januari 2013
10.25 malam

Di Pangkal Menyesal | Di Hujung Menanggung

(Teliti yang didengar.
 Kaji yang dikhabar)







(130)
‘Kefasikan’
Bicara Tok Ngah
 18 April 2011 
11.57 pagi

ARAM

Jangan mudah percaya
kalau orang berdusta
dan jangan mudah bersetuju
kalau orang mengampu.
Kadang-kadang
kita terpedaya
hanya dengan kata-kata
dan kita tertipu
hanya dengan pujuk rayu.


Lebih baik teliti
apa yang didengar
dan lebih baik kaji
apa yang dikhabar.
Siasat sebelum berbuat
 dan sangsi dahulu 
sebelum terjadi.
Salah di pangkal
kita menyesal

dan salah di hujung
kita menanggung


 

 



Jika datang
kepadamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka
selidiklah kebenarannya.

(Al-Hujurat: 6)


  




 Arambayu 130 
Teratak Seriteratai

Berguru Ragu-Ragu | Beramal Tinggal-Tinggal

(Gagal biar cekal.
Kalah biar tabah)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)




ILHAM MINDA 36
MENGGAMIT RASA MENCUIT KATA
 (Short saying drawn from long experience)

16

Kalau berburu jangan
sekali terburu-buru dan kalau menembak
jangan sekali teragak-agak.

17

Kalau berguru jangan
sekali diragu-ragu
dan kalau beramal ja-
ngan sekali ditinggal-tinggal
.

18

Jika berniat biar
teringat, jika bersungguh biar berpeluh
dan jika berbuat biar mendapat.

19

Sekalipun
gagal hati biar cekal dan sekalipun kalah
hati biar tabah.


20

Baik beragak-agak
sebelum terlajak dan baik berundur-un-
dur sebelum terlanjur.


 


 
Aram 37(d)
Teratak Seriterai

Sunday 20 January 2013

Yesterday Is Option | Tomorrow Is Decision

(Semalam iltizam.
Hari ini menjadi)


 

Thu 15/3/2012
12.50 past meridiem




Baby Arissa

 Yesterday 
is our memory
 and tomorrow 
is our destiny.
Let yesterday
give us option

and let tomorrow
give us decision
.


 Hari semalam
menjadi iltizam
dan hari ini
iltizam menjadi.

 


  
Aram 210
Teratak Seriteratai





Maksyuk Itu Buruk | Berahi Itu Keji

(Asyik itu pelik.
Kecewa itu sesia)


 



(I)

Yang gopoh jangan
buat perkara yang bodoh.
 Yang asyik jangan
buat perkara yang pelik.
Yang kecewa jangan
buat perkara yang sesia
Yang pasrah jangan
buat perkara yang salah.
Yang takut jangan
buat perkara yang karut.

Yang degil jangan
buat perkara yang batil.
Yang maksyuk jangan
buat perkara yang buruk.
Yang berahi jangan
buat perkara yang keji.
Yang jahat jangan
 buat perkara yang maksiat.
Yang ingkar jangan
buat perkara yang mungkar.


 

 
Ilham Aram 132
10 Januari 2013
9.15 malam

Saturday 19 January 2013

Salah Bawa Masalah | Benar Bawa Iktibar

(Musykil kan senyap.
Yang batil kan lenyap)



           

(129)
‘Kebatilan’
Bicara Tok Ngah
17 April 2011
4.07 petang

ARAM

Yang salah itu itu
membawa masalah

manakala yang benar itu
membawa iktibar
.
Setiap yang betul itu
akan menyusul
manakala setiap yang batil itu
akan terpencil.
Tiada yang wajar
melainkan benar
dan tiada yang musykil
melainkan batil.

Justeru 
yang musykil akan senyap 
dan yang batil akan lenyap
manakala yang betul akan timbul
dan yang benar akan bersinar. 




 
Yang benar telah datang
dan yang batil telah lenyap.
Sesungguhnya yang batil itu adalah
sesuatu yang pasti lenyap.
(Al-Isra’: 81)


 

Arambayu 129
 Teratak Seriteratai

Jatuh Ke Laut Hanyut | Jatuh Ke Darat Sesat

(Gagal biar cekal.
Kalah biar tabah)





LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 
 

ILHAM MINDA 36
MENGGAMIT RASA MENCUIT KATA
 (Short saying drawn from long experience)


11

Jika terkena baru
nak cakna, jika terjerat baru nak ingat dan ji-
ka tersungkur baru nak akur.

12

Kenangan itu hanya
menjadi kesedihan tetapi pengalaman itu
sentiasa menjadi kelebihan.


13

Apabila jatuh
ke laut kita hanyut dan apabila jatuh ke da-
rat kita sesat.

14

Sekalipun
gagal hati biar cekal dan sekalipun kalah ha-
ti biar tabah.


15

Baik menye-
lesaikan satu helah daripada mempertikai-
kan seribu masalah.


 



Aram 37(c)
Teratak Seriterai

Friday 18 January 2013

Secret Is Not A Regret | Exposure Is Not A Pleasure

(Rahsia itu amanah.
Terbuka jadi fitnah)



 
  

Wed 14/3/2012
10.35 ante meridiem





Baby Arissa

Secret
is not a regret

and exposure
is not a pleasure
.
So do not regret
what you get
and do not oppose
what they expose.


Jika berahsia
ia menjadi amanah
tetapi jika dibuka
ia membawa fitnah.



 
 Aram 209
Teratak Seriteratai






Warak Tak Riyak | Alim Tak Zalim

(Asyik tak serik.
Khusyuk tak maksyuk)


   




(II)

Kalau sabar
takkan bertengkar.
Kalau tabah
takkan berbalah.
Kalau cakna
takkan menganiaya.
Kalau peduli
takkan membenci.

Kalau serik 
takkan asyik.
Kalau khusyuk
takkan maksyuk.
Kalau mampu
takkan merayu.
Kalau hendak
takkan terdesak.
Kalau warak
takkan riyak
.
Kalau alim
takkan zalim
.


 
 

 
Ilham Aram 131
18 Januari 2013
5.35 petang

Khianat Dek Subahat | Konfrontasi Dek Konspirasi

(Kata jadikan nasihat.
 Bicara jadikan manfaat)



           

(128)
‘Ketakwaan’
Bicara Tok Ngah
16 April 2011
11.58 pagi

ARAM

Lebih baik 
bermusyawarah untuk
menyelesaikan masalah
dan lebih baik bermuafakat
untuk mencapai matlamat.
                      Justeru segala pendapat                       
lebih baik dibincang
dan segala matlamat
 lebih baik dirancang.


Jangan sekali-kali 
bersubahat untuk  berkhianat
dan jangan sekali-kali
berkonspirasi untuk berkonfrontasi.
Berikan sokongan
dan berikan dorongan
untuk berbuat baik
dan meninggalkan yang jelik.
Setiap kata itu jadikan nasihat
dan setiap bicara itu 
jadikan manfaat.

 

 
 Dan 
bicarakanlah
tentang membuat
kebajikan dan takwa

(Al Mujadilah: 9)

 


  Arambayu 128 
Teratak Seriteratai

Larang Baik Berpantang | Suruh Baik Bersungguh

(Undur sebelum terlanjur.
Akur sebelum tersungkur)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)




 ILHAM MINDA 36
MENGGAMIT RASA MENCUIT KATA
 (Short saying drawn from long experience)

6

Kerana masalah
kita saling berbantah dan kerana musibah
kita saling menyalah.

7

Begitu mudah
 untuk kita bermadah tetapi terlalu sukar 
untuk kita berikhtiar.

8

Lebih baik menggem-
pur sebelum berundur dan lebih baik ber-
undur sebelum tersungkur.

9

Lebih baik
 undur sebelum terlanjur dan lebih akur 
sebelum tersungkur.


10

Kena nasihat baik
beringat, kena larang baik berpantang dan
kena suruh baik bersungguh.


 


 Aram 37(b)
Teratak Seriterai

Thursday 17 January 2013

Treasure Our Health | Measure Our Wealth

(Harta tak bahagia.
Kuasa tak setia)


 
 

Mon 12/3/2012
10.45 past meridiem




Baby Arissa

Treasure cannot
buy your future
and wealth cannot
buy your health.
Let’s treasure
our health

and let’s measure
our wealth
.


Harta tidak boleh
membeli kebahgiaan
dan kuasa tidak boleh
membeli kesetiaan.





 
Aram 208
Teratak Seriteratai


Jujur Tak Terlanjur | Ikhlas Tak Terbabas

(Akur tersungkur.
Percaya terpedaya)


 




(I)

Kalau tahu
takkan tertipu.
Kalau faham
takkan berdendam.
Kalau segan
takkan perasan.
Kalau malu
takkan melulu.

Kalau jujur
takkan terlanjur
.
Kalau ikhlas
takkan terbabas
.
Kalau patuh
takkan terpengaruh.
Kalau akur
takkan tersungkur.
Kalau percaya 
takkan terpedaya.
Kalau yakin
takkan bermain-main.



 
Ilham Aram 130
17 Januari 2013
5.55 petang

Wednesday 16 January 2013

Kebaikan Itu Dirahmati | Kejelikan Itu Dilaknati

(Rahmat itu nikmat.
 Tawaduk itu khusyuk)



           

(127)
‘Kebaikan’
Bicara Tok Ngah
14 April 2011
12.43 tengah hari

ARAM

Orang yang 
sentiasa tawaduk itu
mendapat petunjuk
dan orang yang 
sentiasa beribadat itu
mendapat rahmat.
Semakin mendapat petunjuk
semakin khusyuk 
dan semakin mendapat rahmat
semakin nikmat.


Oleh itu 
orang yang berbuat kebaikan
akan sentiasa dirahmati

 tetapi orang yang berbuat kejelikan
akan sentiasa dilaknati
.
Yang dirahmati 
akan mendapat pahala
tetapi yang dilaknati 
akan mendapat siksa.


 

 
Sesungguhnya
rahmat Allah amat dekat
kepada orang-orang yang
berbuat baik

(Al A’raf: 56)

 
 

  
 Arambayu 127
 Teratak Seriteratai