Monday 31 December 2012

Rancang Selepas Ubah | Pasang Selepas Olah

 (Singgah tumpang.
Langkah pulang)


 




(II)

Singgah dahulu
tumpang kemudian.
Langkah dahulu
pulang kemudian.
Limpah dahulu
tatang kemudian.
Sergah dahulu
serang kemudian

Ubah dahulu
rancang kemudian
.
Olah dahulu
pasang kemudian
.
Tabah dahulut
tenang kemudian.
Bantah dahulu
cadang kemudian.
Helah dahulu
halang kemudian.

 

 
Ilham Aram 119
31 Disember 2012
11.55 malam

Dapat Rugi Bersangsi | Dapat Susah Menyumpah

(Kalah menyanggah.
Gagal menyangkal)



           

(116)
‘Bantahan’
Bicara Tok Ngah
30 Mac 2011
10.11 pagi

 ARAM 

Kalau salah
mereka membantah,
kalau kalah
mereka menyanggah
dan kalau gagal
mereka menyangkal.
Kadang-kadang
dapat sedikit
mereka mengungkit,
dapat rugi
 mereka bersangsi 

dan dapat susah
mereka menyumpah
.

Sesungguhnya
selagi tidak dapat
selagi itu mengumpat. 
Yang tak senang 
membangkang
dan yang tak mudah 
membantah.

 

 

 Dan manusia
adalah makhluk yang
paling banyak
membantah.
(Al Kahfi: 54)


 



 
 Arambayu 116
Teratak Seriteratai

Melarat Dalam Dakwah | Tersesat Dalam Ibadah


(Menunduk kian tawaduk.
Mendongak kian bongkak)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 
ILHAM MINDA 36
MENURUT RASA MENYAMBUT KATA
(Short saying drawn from long experience)

1

Yang sentiasa
taat ketika melarat akan sentiasa menda-
pat rahmat ketika ibadat.

2

Orang yang
sentiasa ingat ketika tenat akan menda-
pat berkat ketika sihat.


3

Yang taat makin me-
nunduk makin tawaduk tetapi yang sesat
 makin mendongak makin bongkak. 

4

Lebih baik
melarat dalam berdakwah daripada terse-
sat dalam beribadah.


5

Kita memerlukan
kawan untuk berunding dan kita memer-
lukan lawan untuk bersaing.






Aram 36(a)
Teratak Seriterai

To Give Is To Live | To Lie Is To Die

(Hidup sangsi.
Mati pasti)



 
Thu 9/2/2012
5.20 past meridiem




Baby Arissa

Life is
a story
but death
is mandatory.
To give
is to live

but to lie
is to die
.

 
Hidup itu
satu kesangsian
tetapi mati itu
satu kepastian.

 


 
Aram 195
Teratak Seriteratai







Cegah Untuk Berpantang | Marah Untuk Melarang

(Kalah senang.
Susah menang)


  




(I)

Tambah dahulu
kurang kemudian.
Hujah dahulu
bangkang kemudian.
Bantah dahulu
bincang kemudian.
Cegah dahulu
pantang kemudian
.
Terjah dahulu
timbang kemudian.
Marah dahulu
larang kemudian
.

Tongkah dahulu
berenang kemudian.
Susah dahulu
senang kemudian.
resah dahulu
tenang kemudian.
Kalah dahulu
menang kemudian.
Lapah dahulu
cincang kemudian.


 


Ilham Aram 118
31 Disember 2012
12.50 tengah hari

Solat Membawa Berkat | Zakat Membawa Nikmat

(Beramal kian cekal.
Beribadat kian taat)



           

(114)
‘Ketenteraman’
Bicara Tok Ngah
29 Mac 2011
1.03 petang

 ARAM 

Yang sentiasa 
beribadat itu
hidupnya  selamat dan
 yang sentiasa beriman itu
hidupnya  aman.
Semakin beramal 
semakin cekal dan
semakin beribadat
semakin taat.
Sesungguhnya
solat menjauhkan kita 
dari maksiat dan
 zakat menjauhkan kita 
dari khianat.
Oleh itu dirikan solat
supaya hidup 
sentiasa berkat
dan berikan zakat
supaya hidup 
sentiasa nikmat.

 
 

Ingatlah,
hanya yang
mengingatkan Allah hatinya
menjadi lebih tenteram.

(Ar Rad: 28)

 


 Arambayu 115
Teratak Seriteratai

Mencaci Tetapi Mahu | Bersangsi Tetapi Rindu

(Pandai bersembang.
Pandai temberang)




 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 
 
ILHAM MINDA 35
MELARIK RASA MELIRIK KATA
(Short saying drawn from long experience)

56

Sekali mencaci
berkali-kali mahu dan sekali bersangsi
berkali-kali merindu.

57

Jika jam berganti hari dan
hari berganti minggu maka diam menjadi
benci dan benci menjadi rindu.


58

Baik merayu 
yang mahu, baik marah yang salah dan
baik nasihat yang jahat.

59

 Apabila sentiasa 
 terleka sepanjang masa maka akhirnya 
tersiksa sepanjang usia.

   
    55

Yang pandai berbual
pandai menjual dan yang pandai bersem-
bang pandai temberang.


 
Aram 35(l)
Teratak Seriterai

Sunday 30 December 2012

More Talk You Deceive | More Work You Receive

(Berkata berdusta.
Berusaha Berjaya)


 

 
Sun 8/2/2012
10.15 past meridien




Baby Arissa

The more you talk
the more you deceive
and the more you work
the
more you receive.
So let’s talk
with wisdom 
and let’s work
for freedom.

 
Banyak berkata
lebih banyak berdusta
tetapi banyak berusaha
lebih banyak berjaya.



 


Aram 194
Teratak Seriteratai







Biar Buruk Rupa | Jangan Buruk Bahasa

(Biar sakit mata.
Jangan sakit jiwa)


   



Biar sakit kaki
jangan sakit hati.
Biar sakit mata
jangan sakit jiwa.
Biar pecah perut
jangan pecah mulut.
Biar pecah kaca
jangan pecah rahsia.
Biar busuk lutut
jangan busuk mulut
Biar busuk kaki
jangan busuk budi

Biar buruk rupa
jangan buruk bahasa
.
Biar buruk kuku
jangan buruk siku
Biar panjang lengan
jangan panjang tangan.
Biar panjang madah
jangan panjang lidah
Biar gatal lutut
jangan gatal mulut.
Biar gatal lengan 
jangan gatal tangan.


 


Ilham Aram 117
30 Disember 2012
9.50 pagi

Cintai Akhirat Berkat | Cintai Dunia Bencana

(Teraniaya di dunia.
Terselamat di akhirat)



           
(114)
‘Kenikmatan’
Bicara Tok Ngah
28 Mac 2011
7.59 pagi

 ARAM 

Sedikit yang terselamat di akhirat
tetapi ramai yang teraniaya di dunia.
Yang sentiasa membuat ibadat 
akan diberi pahala
tetapi yang sentiasa membuat maksiat
akan menanggung dosa.


Percayalah,
orang yang terlalu mencintai akhirat itu
akan mendapat berkat
tetapi orang yang terlalu mencintai dunia
itu akan mendapat bencana.
Sesungguhnya
dunia membuatkan kita terpesona
tetapi akhirat memberikan kita nikmat.

Padahal kenikmatan
hidup di dunia ini
(dibandingkan dengan kehidupan)
di akhirat hanyalah sedikit.

(At Taubah: 38)

 


 Arambayu 114
Teratak Seriteratai

Bersabar Dapat Ikhtiar | Berbalah Dapat Susah

(Bersungguh selesai.
Bertangguh terbengkalai)



LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)




ILHAM MINDA 35
MELARIK RASA MELIRIK KATA
 (Short saying drawn from long experience)


51

Nasihat itu ibadat,
apabila dibuat menjadi berkat dan apabila
dapat menjadi nikmat

52

Manusia semakin
muda semakin menyanggah tetapi sema-
kin tua semakin mengalah.


53

Saling bersabar
mendapat ikhtiar tetapi saling berbalah
mendapat susah.


54

Kalau muda menjadi 
tua berpada-pada tetapi kalau tua men-
jadi muda mengada-ada.

   
55

Buat bersungguh-
sungguh kerja selesai tetapi buat bertang
guh-tangguh kerja terbengkalai.

 


 Aram 35(k)
Teratak Seriterai

Friday 28 December 2012

Let Memory Rewind | Let Destiny Remind


(Esok elok.
Semalam faham)




 
 
Tue 7/2/2012
5. 40 past meridien


 
Baby Arissa

Yesterday
is our memory
and today
is our destiny.

Let the memory
rewind
and
let the destiny
remind
.
 
Semalam biar 
lebih faham, hari ini
biar lebih teliti dan esok
biar lebih elok.


 

 
Aram 193
Teratak Seriteratai






Terlanjur Baru Berundur | Terlajak Baru Mengelak

(Terlanjur berundur.
Terlajak bertindak)


   



Apabila terpaksa
baru nak meminta.
Apabila terdesak
baru nak bertindak.
Apabila terlanjur
baru nak berundur
.
 Apabila terlajak 
baru nak mengelak
.
Apabila terbabas
baru nak membalas.
Apabila tergelincir
baru nak berfikir.

Apabila terjerat
baru nak beringat.
Apabila terpedaya
baru nak berwaspada.
Apabila terkandas
baru nak berawas.
Apabila tertangguh
baru nak bersungguh.
Apabila terhantuk
baru nak menunduk.
Apabila tersesak
baru nak memihak.
Apabila terlantar
 baru nak berikhtiar. 
Apabila teraniaya
baru nak berkerjasama.


 
Ilham Aram 116
28 Disember 2012
4.55 petang

Thursday 27 December 2012

Syukur Dapat Nikmat | Kufur Dapat Laknat

(Akur bersyukur.
Kufur tersungkur)



           

(113)
‘Kesyukuran’
Bicara Tok Ngah
27 Mac 2011
10.37 malam
 

 ARAM 

Orang yang akur itu 
bersyukur
tetapi orang yang kufur itu 
tersungkur.
Semakin bersyukur 
semakin mujur
tetapi semakin meyanggah 
semakin susah.

Sesungguhnya
orang yang mensyukuri 
rahmat Allah
sentiasa mendapat nikmat
 tetapi orang mengkufuri 
 rahmat Allah 
sentiasa mendapat laknat.

 

 
Dan barangsiapa
yang bersyukur, maka
sesungguhnya ia bersyukur
untuk dirinya.

 (Luqman:12)


 
 


 Arambayu 113
Teratak Seriteratai

Diberi Makin Berbaki | Disedekah Makin Bertambah

(Penat asalkan dapat.
Lelah asalkan sudah)




LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 

 ILHAM MINDA 35
MELARIK RASA MELIRIK KATA
 (Short saying drawn from long experience)


46

Jangan diungkit
perkara yang berbangkit dan jangan disang-
gah perkara yang bercanggah.

47

 Kian diajar kian  
mencabar, kian dimarah kian menyanggah
 dan kian ditekan kian melawan.


48

Biar letih asalkan
boleh, biar penat asalkan dapat dan biar
lelah asalkan sudah.


49

Resah dahulu tenang
 kemudian, susah dahulu senang kemudian 
dan kalah dahulu menang kemudian

50

Harta itu makin
diberi makin berbaki dan makin disedekah
makin bertambah
.


 


 Aram 35(j)
Teratak Seriterai

To Hear Is Not To Fear | To See Is Not To Flee.

(Lihat jadi ibarat.
Dengar jadi iktibar)




 
Mon 6/2/2012
10. 45 ante meridien




Baby Arissa

Do not fear
when you hear

and do not flee
when you see
.
Let your ears
give the message
 and let your eyes 
give the courage.


Yang kita lihat
itu jadikan ibarat
dan yang kita dengar
itu jadikan iktibar.

 

 
Aram 192
Teratak Seriteratai





Monday 24 December 2012

Kawan Usah Berlawan | Sahabat Usah Bersubahat


(Tenang usah bertegang.
 Sabar usah mencabar)

   




Lebih baik berbincang
daripada membangkang.
Lebih baik bertenang
daripada bertegang.
Lebih baik bersabar
daripada mencabar.
Lebih baik mengalah
daripada berbalah.
Lebih baik berundur
daripada bertempur.
Lebih berkongsi
daripada berdengki.

Lebih baik berkawan
daripada berlawan
.
Lebih baik bersahabat
daripada bersubahat
.
Lebih baik besalam
daripada berdendam.
Lebih baik berganding
daripada menuding.
Lebih bermuafakat
daripada berkhianat.
Lebih baik bersaing
daripada berpaling.
Lebih baik mengaku
daripada menipu.


 

 
Ilham Aram 115
24 Disember 2012
4.25 petang

Menang Tak Senang | Kalah Tak Susah

(Rugi dicaci.
Untung disanjung)




       
(112)
‘Cubaan’
Bicara Tok Ngah
27 Mac 2011
10.06 pagi

ARAM

Kalau menang
jangan dicanang
dan kalau kalah
jangan disanggah.
Yang menang
tidak selamanya senang 

dan yang kalah
tidak selamanya susah
.


Yang dapat untung disanjung
manakala yang dapat rugi dicaci
tetapi pecayalah,
cacian itu satu ujian
dan sanjungan itu
satu perhitungan.
Sesungguhnya dugaan itu
hanya untuk yang tabah
manakala cubaan itu
hanya untuk yang gagah.

 

 
Kami akan
menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan.

(Al Anbiya: 35)




 Arambayu 112
Teratak Seriteratai

Pandang Kian Terbayang | Lihat Kian Teringat


(Diasuh biar patuh. 
Dididik biar cerdik)



LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom) 


 

 
ILHAM MINDA 35
MELARIK RASA MELIRIK KATA
(Short saying drawn from long experience)


41

Jangan sekali-kali
 lari daripada masalah dan jangan sekali-kali 
bersembunyi daripada musibah.

42

Baik kurang
sabar jangan kurang ajar dan baik kurang ce-
kal jangan kurang amal.


43

Diasuh biar pa-
 tuh, dididik biar cerdik, diajar biar sedar dan 
dibelai biar pandai.

44

Jangan sekali-kali
menyanggah kalau salah dan jangan sekali-
kali menyumpah kalau kalah.


45

Makin dipandang makin
terbayang, makin dilihat makin teringat makin
 makin direnung makin termenung.


 


 Aram 35(i)
Teratak Seriterai